PENGENALAN
MY YBH GROUP SDN. BHD. adalah syarikat yang telah ditubuhkan pada 19 Januari 2018. Syarikat ini diiktiraf sebagai Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Kontrator Syarikat Bekalan Air Selangor, dan Pejabat Pendaftaran Syarikat di bawah Akta Syarikat 1956 1265018-U. My YBH Group Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang terdiri daripada 100% bumiputera. Kami menjanjikan khidmat yang terbaik pada harga yang berpatutan dan mampu menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetatif di dalam dunia perniagaan yang serba mencabar.
VISI
Visi kami adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan dan kami akan mencuba sedaya upaya kami untuk memenuhi kepuasan pelanggan. Kami sanggup untuk bekerja dengan mana-mana pihak demi memastikan segala projek atau kontrak yang dipertanggungjawabkan kepada MY YBH Group Sdn. Bhd. berjaya memenuhi kehendak semua pihak.
MISI
isi kami untuk memberikan perkhidmatan yag terbaik di samping menjaga kebajikan pekerja- pekerja dengan sebaik mungkin. Di samping itu, kami juga bertekad untuk memastikan kejayaan dalam melaksanakan kemajuan yang dicitakan demi agama, bangsa dan Negara. Kami akan memastikan kualiti kerja dan keselamatan semua pihak perlu diutamakan. Oleh itu, kerja-kerja yang akan dijalankan adalah dari pekerja-pekerja yang berpengetahuan tinggi dan luas pengalaman.
Semoga perkhdimatan kami dapat meyakinkan semua pihak yang memberi peluang kepada MY YBH Group Sdn. Bhd.
